KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukan serta kesan penggunaan siber termasuk media sosial, selain memahami etika penggunaan medium berkenaan.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata langkah itu antara lain dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman kanak-kanak mengenai penggunaan teknologi siber, seterusnya menghindarkan golongan itu daripada terdedah kepada aktiviti jenayah dalam talian seperti penipuan.
"Yang paling utama adalah pendidikan, dengan pendidikan digital di sekolah, apa sahaja yang Kementerian Komunikasi cadangkan untuk kebaikan pengguna - ia lebih mudah dihadam, difahami dan diaplikasikan oleh masyarakat.
"Melalui pendidikan, anak-anak di sekolah diajar mengenai baik buruk tentang penggunaan digital ini dan mereka boleh menjadi perantara bagi menyampaikan maklumat yang dipelajari di sekolah kepada ibu bapa," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pendidikan di sekolah dan pendidikan tidak formal di rumah mengenai penggunaan siber juga perlu selari memandangkan kanak-kanak lebih terdedah kepada penggunaan media sosial ketika berada di rumah justeru ibu bapa dan penjaga perlu mengawal pendedahan teknologi itu kepada anak-anak.
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) dalam kenyataan hari ini turut menyarankan ibu bapa dan penjaga supaya memastikan kanak-kanak hanya diberikan akses kepada peranti dan kandungan di Internet dengan pengawasan dan pemantauan sewajarnya.
Menyokong penuh seruan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menyampaikan amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kepada ibu bapa bagi memastikan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial sendiri, CMCF menggalakkan ibu bapa menyedari risiko dan bahaya yang wujud di media sosial terutamanya terhadap kanak-kanak.
"Adalah penting untuk ibu bapa berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak tentang penggunaan media sosial dan memastikan mereka memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil," katanya.
Menurut CMCF, langkah itu penting kerana kanak-kanak di bawah umur 13 tahun mungkin tidak memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dalam menggunakan media sosial.
Katanya, tanpa pengawasan betul mereka boleh menjadi mangsa kepada aktiviti tidak selamat seperti penipuan, keganasan siber atau pergaulan memudaratkan.
"Media sosial mungkin memberi tekanan kepada anak-anak yang masih belum matang atau berupaya mengawal emosi mereka dengan baik. Pendedahan kepada kandungan tidak sesuai boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan psikologi mereka," katanya.
Menurut CMCF, kanak-kanak lebih cenderung berkongsi maklumat peribadi secara terbuka di media sosial kerana mereka belum memahami bahaya dan risiko bakal timbul dan perkara itu boleh mengakibatkan pencerobohan privasi atau perkongsian maklumat kepada mereka yang berniat jahat.
Pada Ahad, Fahmi dilaporkan berkata MCMC mendapati bahawa kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana media sosial dan kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan tersebut memiliki akaun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukan serta kesan penggunaan siber termasuk media sosial, selain memahami etika penggunaan medium berkenaan. - Gambar hiasan
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.